twitter


Selamat bersua di alam maya....lama x post kerana xde ape yang nak diperkatakan ....nak pulak cuti sekolah ni....sebelum cuti sekolah baru2 ni banyak aktiviti kena dilaksanakan...mcm2 program...HARI ANUGERAH CEMERLANG yang diadakan pada 15 November 2010 yang lalu berjalan lancar walaupun kkadang kala ada kelam kabut sikit.....
Sebelum itu...keputusan UPSR 2010 telah diumumkan dan 3 orang murid telah berjaya memperolehi 5A dengan cemerlang, begitu juga 4A 1B...tidak sia-sia pengorbanan semua guru yang terlibat dalam menghasilkan modal insan cemerlang terutama guru2 Thn 6..SYABAS!! kepada semua yang berjaya....

16 November 2010 pula adalah hari terakhir persekolahan tahun 2010..sekolah terpaksa cuti lebih awal kerana HARI RAYA QURBAN pada keesokkan harinyer...x sabar guru2 yang dok jauh nk balik...jalan raya utama ke KELANTAN begitu sesak...kena berhati-hati ketika d jalan raya!!.
Alhamdulillah...........kerja-kerja qurban yang dijalankan di masjid Jamek Penjom selamat dilakukan..sebanyak 7 ekor lembu dikorbankan pd hari itu....sodap buat SUP TULANG!!

Kalau sebut cuti..mesti seronok sebab 'planning' macam ape nak wat masa cuti2 ...kepada yang nak berjalan jauh dinasihatkan berhati-hatilah di jalan raya n semoga selamat tak kira dimana berada....selain itu, ramai yang melangsungkan perkahwinan ...SELAMAT PENGANTIN BARU!!
semoga cuti ini dimanfaatkan dengan perkara2 yang berfaedah...semoga selamat dibawah lindungan Allah swt.....
wassalam


Assalamualaikum wbt.......

Lamanyer x jenguk blog ni...byk kesah2 yg berlaku dlm tempoh sebulan ni....selepas menjalani 'exam' P4 pd awal bulan November yang lalu semuanya berjalan lancar.Pada masa yang sama ramai guru2 sekolah kena hadir berkursus sm ada dluar daerah mahupun dlm daerah....Tanggal 8,9 dan 10 Nov 2010 telah diadakan kem utk murid dbwh j-QAF seramai 9 org...Atr program yang dlksnkn seperti KEM BINA JUARA, KEM LITERASI AL-QURAN DAN KEM BESTARI SOLAT....
Sebanyak 18 sekolah mengambil bahagian dalam kem ini...selama 3 ari 2 malam kem diadakan di PUSAT KOKURIKULUM kg. Lalang...risau gak musim hujan sekarang ni...fmly bdk2 ni risau gak klu jd ape2..tp alhamdulillah semuanyer berjln lancar......

Malang tidak berbau.....dlm perjalanan pulang ketika slot petang terjadi satu peristiwa yang tak disangka..dimana kemalangan maut seorang remaja di kg tersebut dengan guru yang dalam perjalanan ke tapak perkhemahan....ajal Allah dh tentukan w/pun dimana jua...arwah menghembuskan nafas terakhir di tmpt kejadian...sungguh x sangka ingatkan nyawa masih boleh diselamatkan ..ttp itu smua dbwh kekuasaan Allah...Ape yg diketahui arwah br sj membeli sebuah motorsikal br YAMAHA tempoh seminggu..dan suka membw laju dikwsn kg yg penuh liku2 dan selekoh tajam..mmg kena berhati2 klu msk ke kampung lalang...selama menanti pihak ambulance dtg..ramai org2 kg dtg tgk...apbl disahkan bhw mangsa meninggal dunia suasana menjadi sebak krn xdpt diselamatkan lagi......tempoh 2 jam laluan x dpt dibuka selagi siasatan dr pihak polis belum selesai....
Keesokan harinya beberapa pgwai PPD dan beberapa guru telah menziarahi rumah arwah sehinggalah dikebumikan pada ari tersebut.......sekalung AL-FATIHAH kepada arwah....
Majlis penutup selesai pada jam 12 tengahari...Keseronokkan murid begitu teruja dan ingin lagi berkhemah seperti ini di lain masa..........
Wassalam........




Alhamdulillah......syukur ke hadrat ilahi..majlis yang dirancang selamat berlangsung dgn baik.....sokongan padu daripada para guru dan semua ibubapa yang terlibat menjadikan ia cukup sempurna..........majlis ini julung kali diadakan bagi meraikan anak2 murid yang berjaya khatam al-Quran dengan sempurna.....Tanggal 22 Oktober 2010 (Jumaat) dirasmikan oleh Penyelia Kanan Pend. Islam PPD Lipis iaitu Tn. Hj. Wan Rosli b. Wan Yaakub...Semoga ditahun akan datang majlis ini akan diadakan dengan lebih meriah lagi.......insya allah
Wassalam



Jamuan hari raya SK Batu Yon telah diadakan pada 28 September 2010 serentak dengan majlis persaraan Cikgu Suhaimi sebagai tenaga pengajar di sekolah ini selama 5 tahun....banyak ilmu yang dicurahkan selama beliau berada di sekolah ini...Setiap keringat yang mengalir seiring dengan semangat seorang guru yang berusaha menabur bakti kepada semua murid.....sukar mencari ganti...segala jasa yang ditabur akan terus diingati dan segala budi yang diterima akan terus disanjung selamanya................
Persiapan jamuan cukup memenatkan sebelum seminggu jamuan segala peralatan perlu mencukupi dan apa yang dirancang mesti mengikut jadual yang telah ditetapkan..lemang memang x pernah dilupakan, dan laksa lemak menjadi menu utama....syukur alhamdulillah segala perjalanan majlis dari awal hingga akhir berjalan lancar...............
sekian...........see u nx time :-)
wassalam......




Salam syawal................kenangan raye tahun x berape seronok sebab kami sekeluarga terkena jangkitan muntah2 dan cirit-birit atau namanya "chika"....lemah badan..kesian sungguh x dapat nk berjalan2 masa raya...
Cuti raya x lama sbb sekolah akan menghadapi UPSR pd minggu depan so, kena keje mcm biase tapi ramai je anak2 murid masih menyambung rayanyer...ok..jumpa di pelayaran seterusnyer
wassalam......




Tanggal 03 September 2010 (Jumaat) hari akhir persekolahan untuk cuti pertengahan penggal kedua selama 11 hari digabungkan sekali dengan perayaan Hari Raya Aidulfitri 1431H.....pada hari tersebut..panitia Pend. Islam SKBY sekali lagi bertungkus lumus menyiapkan barang keperluan sumbangan kepada murid2 yang telah ditetapkan berdasarkan latarbelakang kehidupan keluarga dan "istimewa".

Diharap sumbangan ikhlas daripada semua guru2 ini membawa sinar baru dalam meraikan sambutan syawal yang bakal menjelma tak lama lagi......Sumbangan ini disampaikan oleh Tn. GB Jamaludin b. Othman kpd mereka2 yang memerlukan...Syukran jazilan.....Banyak amanat yang disampaikan kpd semua murid terutama cuti sekolah yang panjang ini dilarang bermain mercun dan peringatan kepada calon UPSR Thn 6 yang bakal menduduki seminggu selepas sekolah dibuka supaya membuat persediaan awal....selamat berjuang wahai anak2 murid ku!!!
Kemudian pemberian duit raya kepada semua murid..wah !!! bestnyer...'excited' tul budak2 ni klu dpt duit raya ...jangan boros!!!!..simpan utk masa depan.....acara bersalam-salaman dengan guru-guru sebelum berangkat pulang ke rumah masing2......

Bagi guru2 yang dok jauh berhati-hati dlm perjalanan pulang ke kampung....semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju...risau biler dengar mcm2 kisah kemalangan...perkara yang tak diduga biler2 akan berlaku....Ya Allah jauhilah dari bala bencana............Kepada semua warga pendidik dan staf2 sokongan SKBY diucapkan SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA!!!



Ramadan datang lagi....ahlan wasahlan ya ramadan mubarak....semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sabo dan tabah. Bermulanya ramadan maka perancangan ihya ramadan sekaligus perasmian surau SKBY 2010..suasana agak meriah dengan sokongan padu semua guru dan staf yang hadir pada hari 11 Ogos 2010 (Rabu) di awal ramadan.......
Pemotongan reben oleh GB Jamaludin b. Othman....sebelum menjejaki ke surau...seterusnya sedikit ucapan ringkas mengenai surau dan aktiviti yang dijalankan semasa bulan ramadan....










Seterusnya pembahagian kumpulan2 tadarus oleh KP Pend. Islam, ustz. Hasliza menerangkan bahawa tadarus akan dipimpin oleh seorang @ 2 guru semasa aktiviti tadarus yang dijalankan pada waktu rehat. Kerjasama dari guru2 pelatih IPTAA turut membantu bg menjayakan program tadarus ini dengan jayanya....Terima kasih kepada kalian semua iaitu Cikgu Awang Alya,Cikgu Sufian,Ust. Abu Farhan dan Ust. Nik Faiz atas sokongan dan kerjasama dengan pihak SK Batu Yon selama tempoh 2 bulan di sini...
.Pada 20 Ogos 2010 (Jumaat) berakhirlah latihan praktikum mereka di sekolah ini... sebelum meninggalkan sekolah sedikit kenangan utk titipan dari Panitia Pend. Islam sebagai tanda penghargaan dan jutaan terima kasih...pengalaman mengajar disini semoga menjadi kenangan seorang guru...
Seterusnya majlis penutup khatam al-Quran dapat dilaksanakan pada 02 September(Khamis)....alhamdulillah selesai jua akhirnya....selain aktiviti tadarus, panitia PAI juga menganjurkan pertandingan kuiz bg tahap 2 dan pertandingan mewarna dan mencipta kad raya bg tahap 1...selain itu, sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan kpd semua guru...tidak dilupa menghadiahkan senaskah buku sebagai penenang jiwa.

Sekian............wassalam!!!



assalamualaikum wbt...........
Dah lama x buat sukaneka selepas tamat temasya sukanan tahunan beberapa bulan yang lalu....kali ini pihak sekolah mengadakan khas utk semua murid Tahun 6 iaitu riadah atau rehat minda...yelah asyik mengulangkaji hingga otak dh tension nk belajar...selalunya aktiviti sebelum ni diadakan di Pulau Chekas,Raub..tetapi atas dasar keselamatan murid..pihak sekolah menukar acara itu dibuat di padang sekolah sahaja sekaligus "Family Day" pada 07 Ogos 2010 (sabtu)........semua guru dan staf sekolah terlibat...namun x semua dpt hadir .....kerana ada komitmen di tempat lain....kumpulan dibahagikan kepada 4....1 kumpulan ade guru2, staf, dan murid....perjalanan aktiviti berjalan lancar hingga tamat jam 1.30 tengah hari....aaaahh!!!penat tui..
Banyak acara dipertandingkan seperti main telefon,sambung tali,baling botol,futsal dan badminton....pagi2 lagi ada senamrobik yang diketuai Cikgu suffian, guru praktikal IPTAA dan ust Abu Farhan.........kalau dilihat dari riak wajah murid2 Tahun 6 semua nampak seronok walaupun x dapat merasai mandi sungai tahun ini...ala kesiannyer!!!!
Semangat setiakawan antara pasukan cukup bersungguh2....sebab hadiah yang dimenangi cukup lumayan..aaaa...kenyang tui..banyak 'jajan'......suasana bermain seronok tul..tapi ketika main futsal..x merasalah org2 perempuan ni sebab x pandai nk sepak bola...cuma jadi hiasan di padang aje.................huhuhu!!!!
Selasai makan tengah hari..semua seronok sebab dapat habuan masing2..terutama anak2 murid Tahun 6...penat tapi seronok...kumpulan saya cuma dapat Naib Juara...penat x dapat digambarkan dengan kata2....... mmm....
Sekian dahulu utk kali ini...
wassalam



'salam........
bersua kembali melayari blog yang agak lama x dijenguk...posting di atas adalah kenangan pelaksanaan program j-QAF di sekolah ini..iaitu KEM BESTARI SOLAT..
alhamdulillah..ia dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar dengan kerjasama sepenuhnya daripada semua GPI dan guru2 KAFA serta guru2 praktikal IPTAA iaitu Ust. Nik Mohd Faiz dan Ust Abu Farhan....
Banyak pendedahan dan pengetahuan diterapkan semasa kem ini kepada semua anak2 murid akan kepentingan solat dalam kehidupan seorang muslim..jika tidak melaksanakan solat maka runtuhlah tiang agama individu itu sendiri....ssghnya SOLAT ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN..
Harapan kepada semua anak2 didik...apa yang diperolehi dalam setiap kem yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin...
Sekian coretan kali ini..
wassalam,


Salam.....

Lama x 'melayan' laman blog ni...sibuk sokmo..kalau memikirkan kerja memang x pernah habis...kerja akan terus bertambah...nak x nak memang kena hadapi...PIALA DUNIA 2010 telah pun berakhir..pasukan SEPANYOL menggungguli perlawanan ke peringkat akhir...perkara yang sukar diduga..tapi itulah ramalan tepat seekor sotong bernama 'PAUL' dari Jerman..

Selepas tamat 2 minggu perkhemahan pengakap muncul satu lagi perkhemahan di Pusat Kokurikulum Daerah. Kali ini perkhemahan PENDIDIKAN LUAR FASA 1 yang diwakili 4 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah.Setiap sekolah perlu menghantar sekurang-kurangnya 20 orang murid...jadi suasana di pusat itu agak sunyi kerana tidak seramai perkhemahan sebelum ini. Cuma 160 peserta sahaja yang berpeluang dalam perkhemahan kali ini.
Mungkin PPD akan meneruskan fasa seterusnya bagi sekolah2 yang belum terlibat lagi.. Perkehemahan ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 15-17 julai 2010.Guru2 pengiring terpaksa bermalam disana...agak membosanlan kerana tiada apa yang nak dilakukan selama berada disana.Aktivitinya cukup mencabar minda dan fizikal..ketahanan dalam mengharungi segala cabaran perlu diharungi dengan penuh kesabaran...
Antaranya 'jungle tracking ', ikthtiar hidup, cabaran berendam di dalam paya...cukup menggelikan apabila terdapat beberapa ekor lintah melekat di badan.....sabar jelah!!
Penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai PPD Lipis iaitu En. Sharom bin Othman dengan menyampaikan hadiah dan sijil kepada semua peserta yang terlibat.....selepas berakhirnya penyampaian hadiah..murid2 bersiap untuk pulang dan sempat menjamu selera untuk mengalas perut seterusnya penat menunggu van yang membawa semua murid ke kawasan FELCRA kg. Lalang kerana bas yang disediakan menanti disana....Tepat jam 1.30 tengah hari kami semua beransur pulang ....aahh!! penatnya.......






wassalam....................




Salam.....
Lama tidak mencoret kerana kepenatan dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan segera...Alhamdulillah baru-baru telah berlangsung perkhemahan pengakap daerah di Pusat kokurikulum Daerah bertempat di Kg. Lalang selama 4 hari 3 malam. Perkhemahan ini bermula pada 23 hingga 26 Jun yang dirasmikan oleh YB Datuk Shahrum bin Othman, ahli Parlimen Lipis.
Suasana pada hari pertama kami sampai di tempat itu,,hujan renyai-renyai telah membasahi tapak perkhemahan,maka tanah agak becak..dan ada beberapa kawasan tidak dapat disiapkan kerana hujan...namun, usaha guru-guru pengiring yang hadir pada petang itu dapat menyiapkannya seperti gajet dapur,kawasan basuhan dan meja makan.
Kawasan Zon Jelai ini diwakili beberapa sekolah antaranya SK Lubuk Kulit, SK Batu Yon, Sk LKTP Sg. Koyan, SK Kg. Keledek, SK Kuala Medang, SK Tanjung Gahai, SK Lanai dan SK Lenjang sahaja yang turut serta. Selain itu, terdapat 4 buah sekolah menengah turut serta iaitu SMK Pdg Tgku,SMK SW, SMK Kuala Lanar dan SMK Clifford.
Pada malam pula, semua peserta telah diberi penerangan aktiviti-aktiviti oleh Ketua Komandan iaitu Cikgu Ahmad Zaimi dari SK LK yang akan bermula pada esok hari.Semua peserta dibekalkan sebuah buku log yang perlu disiapkan dengan segera mengikut aktiviti stesen2 yang dijalankan. Sekiranya buku log ini telah lengkap maka, mereka layak menerima Pingat Keris Gangsa.Awal pagi semua murid menyiapkan diri dan bersiap sedia berhimpun selepas bersarapan pagi.....Maka bermulalah aktiviti2 stesen yang perlu pserta2 hadiri untuk melengkapi tugasan yang diberi...Aktiviti malam pula ialah acara pertandingan kebudayaan antara zon....latihan semua peserta adalah 'last minute'.
Hari kian berlalu...Jam terus berdetik...Masa kian tamat...rasa penat tak dapat digambarkan selama berada disana..namun seronok bertemu dengan guru-guru dari berlainan sekolah...begitu juga semua murid dapat berkenalan antara satu sama lain...masing-masing meluahkan rasa seronok mereka dengan perkhemahan ini..."rasa nak camping lagi" luahan mereka........Tepat jam 12.00 selepas peserta mendapat pingat dan sijil, maka kami beransur pulang ke sekolah masing-masing .....meninggalkan kg. Lalang dengan penuh kenangan......
wassalam.....



Salam...
Tidak lambat saya mengucapkan kepada golongan lelaki yang bergelar ayah atau sebagainya...Sayangilah dan hormatilah beliau sebagai orang tua kita..jangan melayan mereka seperti binatang...kalau ayah kita tiada maka kita tidak akan wujud di dunia ini...baik @ buruk perangai mereka...Beliau tetap ayah kita...


Sedih dengar pelbagai cerita2 yang tidak enak tentang perilaku anak2 zaman sekarang melayan kerenah bapa2 mereka...dalam surat khabar Harian Metro baru2 ini ada menceritakan akan kebiadapan dan 'kurang ajar' seorang anak lelaki dengan membelasah bapa mereka kerana tidak memenuhi kehendak anak2...ish..ish..ish..inilah petanda akhir zaman dimana anak2 tiada lagi menghormati ibu bapa mereka dan menjadikan sebagai hamba.Sikap hormat-menghormati tiada lagi ...yang ade nanti adalah ramai anak tidak akan ambil peduli tentang hal2 ibu bapa masing-masing..


Muhasabah diri sebentar....adalah aku pernah memperilakukan mereka sebegitu...???rasanyer tiada ...Betul ker??....tanpa disedari kekadang kita telah merobek perasaan mereka tanpa sedar...Ya Allah...Ampunilah dosa2 ku!!!
Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 ku..dan dosa kedua orang tua ku......Jadilah seorang anak yang dapat berbakti kepada ibu bapa masing selagi hayat mereka masih ada di dunia ini...
Aminnnn.....

wassalam....bye..bye..




Salam...alhamdulillah kita sekarang telah masuk bulan rejab hari ke 4...diharap kita semua mendapat syafaat dan pahala berlipat kali ganda dengan melakukan puasa di bulan ini..insya allah..
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.





Salam....
Ish...ish..ish..demam yang tiada ubatnyer...kini melanda seluruh dunia...bahaya!!!
Demam bola datang lagi selepas Perancis menjuarai 4 tahun yang lalu pada 2006...Kumpulan manakah yang akan menggondoli juara dunia tahun ini??Brazil?Perancis?Korea?German?Siapa?????

Ramai yang datang keje dalam keadaan mengantuk kerana sanggup berjaga hingga awal pagi untuk menonton pasukan kegemaran
beraksi....kalau terlepas kecewa...sebab tak dapat tonton secara 'live'...uummhh..ummhh..dashyat betoi penangan bola ni...kekadang tu sanggup bergaduh..dan yang paling teruk sekali sanggup bertaruh/berjudi...haram tetap haram!!!
Kita tunggu jelah pasukan mana yang akan menjadi juara...adat bertanding kalah dan menang itu biaselah...Tunggu!!!
Ape2 pun pasukan yang kalah jangan kecewa...dan pasukan yang menang akan terus beraksi ke peringkat seterusnye...
Cepat-cepatlah habis demam ni...mujurlah semua klinik x habis ubat nak merawat...xde ubat nak rawatnyer...
Oklah...cacicau!!!
Wassalam.....






Assalamualaikum....
Lama x mencoret dalam blog ni..selamat bercuti kepada semua...terutamanyer kepada pendidik dan anak murid.Cuti selama 2 minggu ni manfaatkanlah dengan mengulangkaji pelajaran terutama yang menduduki peperiksaan besar tahun ini..
Pada minggu pertama sekolah mengadakan kelas tambahan utk murid Tahun 6, mereka dikehendaki tinggal di asrama dan dijagai guru kelas mereka Cikgu Elias,orang yang dipertanggungjawabkan segala program Tahun 6 2010.




Selain itu,teringin nak p jalan kat area subang jaya...terlaksana jua p jln2 kat Sunway Piramid.seronok gak..yelah lama sgt dok kampung jarang2 ke bandar...best gak cuci mata kat situ...penat satu badan..esok lusa sambung jalan lagi...hehe..fuh!!
Buka sekolah nanti tiada peluang nak p jalan jauh...kena tunggu cuti panjang..oklah...sekian dahulu coretan kali ini...

wassalam...

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...