twitter




Di tepi titi pohon rajasa
Tempat mainan si burung helang
Guru pembina negara bangsa
Bakal melahirkan generasi cemerlang

Hari guru datang lagi kali yang ke 39...tahun ke-4 saya menjadi pendidik di SK Batu Yon...banyak dugaan dan kerenah murid-murid yang berbeza latarbelakang telah dilalui..macam-macam ragam anak2 murid di sekolah ni..ade yang rajin,degil,nakal,peramah,ringan tulang,malas dan ????.Kekadang tu rasa tercabar juga kesabaran ni bile mereka x dgr cakap...tapi itulah gelaran guru...kena banyak sabar...lagipun kalau asyik berleter je mulut kite yang penat tapi mereka ni susah nak dengar....motivasi kena banyak diterapkan kepada murid2 supaya mereka sedar akan kesusahan ibu bapa dan kesukaran hidup di masa hadapan...oklah itu aje coretan arini...majlis hari guru peringkat sekolah akan dilaksanakan pada 19 Mei 2010 (Rabu)
Gambar diatas ini ialah kenangan guru pendidikan islam Hasliza,Zarina,Suhaila dan Suriyaty sebelum bertolak ke SK LKTP SG. Koyan.








Berminggu-minggu jugalah saya bersama guru2 pendidikan islam yang lain bertungkus lumus melatih murid-murid dalam nasyid dan tulisan jawi cantik.Kumpulan nasyid sekolah ini dinamakan sebagai "USRAH AL-MULTAKIM".Mereka ni amat bersemangat waja dan bersungguh-sungguh yelah nak masuk nasyid kena lulus 'audition' dulu, kalau suara tak menarik memang kena 'reject'.Untuk melatih bermain kompang dan bunggor agak susah memerlukan melodi yang betul..ini kerana saingan dari sekolah2 lain banyak menggunakan pelbagai 'instrument' bagi menyedapkan lagu.Nak tak nak memang kena latih betul2lah...

Tarikh pertandingan berlangsung pada 13 Mei 2010 serentak dengan pertandingan tulisan jawi.2 orang murid lelaki dan perempuan dilatih dengan betul dari segi tulisan khat cantik,bacaan jawi dan imlak.

SYUKUR ALHAMDULILLAH.... dalam pertandingan nasyid, kami mendapat tempat ke3...x sangka kerana prestasi nyanyian mereka tidak memuaskan namun,gumbira dan seronok sebab betul2 boleh mendapat tempat..saingan pulak 2 kumpulan muslimah yang hebat dari segi lagu dan lirik...Manakala kami mendapat JOHAN dalam TULISAN JAWI...alhamdulillah...x sia-sia melatih mereka berdua ni menulis jawi lagipun tulisan mereka ni memang menarik dan cantik...ADIK MUHD SYAHIDAN BIN SUHAIMI dan ADIK NURATHIRAH BT YAHYA...insya allah mereka akan bertanding pula di peringkat daerah blum ditetapkan tarikh lagi.MTQ tahun hadapan,perlu mencari pelapis dan memantapkan lagi strategi....harap2 akan lebih banyak johan menjadi milik sekolah ku....





"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah untuk mereka dengan berkata;Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang sewaktu memelihara dan mendidikku semasa kecil"...

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam baginda di'israk'kan. Antara mimpi baginda ialah:

" Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikat maut dengan keadaan yang mengerunkan. Namun, malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh ketaatan kepada kedua orang tuanya." PESAN NABI JUNJUNGAN MULIA:"INGATLAH...ANAK YANG BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA TIDAK AKAN MASUK NERAKA...DAN ANAK YANG DERHAKA TIDAK AKAN MASUK SYURGA..."


Lama x mencoret di laman blog ni kerana kesibukan kerja yang x 'bisa' abih-abih..slide yang ditonjolkan di bawah ini tlh berlangsung 1 bulan yang lalu.Kejohanan sukan tahunan ke?? telah diadakan pada 01 april 2010 di Padang Bukit Betong berhadapan sekolah.Banyak acara dipertandingkan sebelum dan semasa sukan..walaupun markah rumah hijau agak merosot,agak resah dan gelisah gak sbb mahu mempertahankan juara unggul yang dipegang oleh rumah hijau selama 8 tahun berturut-turut sebelum ni..disaat ank murid berlari untuk memungut mata rumah..saya berbicara dengan mereka agar buat shabis baik w/pun tidak mampu mendapat tempat pertama ttp perlu kuat berlari utk dapatkan tempat ke2-ke4 agar mata rumah hijau akan terus meningkat.....
alhamdulillah...tuhan mempermudahkan tugas semua ank2 muridku...tak sangka rumah hijau dapat jua memintas mata rumah-rumah lain..syukur x terhingga..dari riak muka ank2 muridku,mereka begitu gembira,ceria,dan terlalu seronok krn dpt m'capai matlamat utk m'ungguli tempat pertama...berita ke2nyer..kami jua m'dpt johan bg perbarisan/raptai..xsia-sia melaburkan sedikit tenaga dan wang utk menkreatifkan penampilan murid2 pd pagi itu.Waima penampilan dari rumah2 sukan lain tak kurang hebatnyer..masing2 m'punyai kretiviti yang menarik....mmm cite psl sukan udah abih..skng ni sibuk melatih ank2 murid bernasyid dan tulisan jawi untuk pertndgan zon pada ari kamis 06 Mei ni...

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...