twitter




Salam.....
Lama tidak mencoret kerana kepenatan dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan segera...Alhamdulillah baru-baru telah berlangsung perkhemahan pengakap daerah di Pusat kokurikulum Daerah bertempat di Kg. Lalang selama 4 hari 3 malam. Perkhemahan ini bermula pada 23 hingga 26 Jun yang dirasmikan oleh YB Datuk Shahrum bin Othman, ahli Parlimen Lipis.
Suasana pada hari pertama kami sampai di tempat itu,,hujan renyai-renyai telah membasahi tapak perkhemahan,maka tanah agak becak..dan ada beberapa kawasan tidak dapat disiapkan kerana hujan...namun, usaha guru-guru pengiring yang hadir pada petang itu dapat menyiapkannya seperti gajet dapur,kawasan basuhan dan meja makan.
Kawasan Zon Jelai ini diwakili beberapa sekolah antaranya SK Lubuk Kulit, SK Batu Yon, Sk LKTP Sg. Koyan, SK Kg. Keledek, SK Kuala Medang, SK Tanjung Gahai, SK Lanai dan SK Lenjang sahaja yang turut serta. Selain itu, terdapat 4 buah sekolah menengah turut serta iaitu SMK Pdg Tgku,SMK SW, SMK Kuala Lanar dan SMK Clifford.
Pada malam pula, semua peserta telah diberi penerangan aktiviti-aktiviti oleh Ketua Komandan iaitu Cikgu Ahmad Zaimi dari SK LK yang akan bermula pada esok hari.Semua peserta dibekalkan sebuah buku log yang perlu disiapkan dengan segera mengikut aktiviti stesen2 yang dijalankan. Sekiranya buku log ini telah lengkap maka, mereka layak menerima Pingat Keris Gangsa.Awal pagi semua murid menyiapkan diri dan bersiap sedia berhimpun selepas bersarapan pagi.....Maka bermulalah aktiviti2 stesen yang perlu pserta2 hadiri untuk melengkapi tugasan yang diberi...Aktiviti malam pula ialah acara pertandingan kebudayaan antara zon....latihan semua peserta adalah 'last minute'.
Hari kian berlalu...Jam terus berdetik...Masa kian tamat...rasa penat tak dapat digambarkan selama berada disana..namun seronok bertemu dengan guru-guru dari berlainan sekolah...begitu juga semua murid dapat berkenalan antara satu sama lain...masing-masing meluahkan rasa seronok mereka dengan perkhemahan ini..."rasa nak camping lagi" luahan mereka........Tepat jam 12.00 selepas peserta mendapat pingat dan sijil, maka kami beransur pulang ke sekolah masing-masing .....meninggalkan kg. Lalang dengan penuh kenangan......
wassalam.....



Salam...
Tidak lambat saya mengucapkan kepada golongan lelaki yang bergelar ayah atau sebagainya...Sayangilah dan hormatilah beliau sebagai orang tua kita..jangan melayan mereka seperti binatang...kalau ayah kita tiada maka kita tidak akan wujud di dunia ini...baik @ buruk perangai mereka...Beliau tetap ayah kita...


Sedih dengar pelbagai cerita2 yang tidak enak tentang perilaku anak2 zaman sekarang melayan kerenah bapa2 mereka...dalam surat khabar Harian Metro baru2 ini ada menceritakan akan kebiadapan dan 'kurang ajar' seorang anak lelaki dengan membelasah bapa mereka kerana tidak memenuhi kehendak anak2...ish..ish..ish..inilah petanda akhir zaman dimana anak2 tiada lagi menghormati ibu bapa mereka dan menjadikan sebagai hamba.Sikap hormat-menghormati tiada lagi ...yang ade nanti adalah ramai anak tidak akan ambil peduli tentang hal2 ibu bapa masing-masing..


Muhasabah diri sebentar....adalah aku pernah memperilakukan mereka sebegitu...???rasanyer tiada ...Betul ker??....tanpa disedari kekadang kita telah merobek perasaan mereka tanpa sedar...Ya Allah...Ampunilah dosa2 ku!!!
Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 ku..dan dosa kedua orang tua ku......Jadilah seorang anak yang dapat berbakti kepada ibu bapa masing selagi hayat mereka masih ada di dunia ini...
Aminnnn.....

wassalam....bye..bye..




Salam...alhamdulillah kita sekarang telah masuk bulan rejab hari ke 4...diharap kita semua mendapat syafaat dan pahala berlipat kali ganda dengan melakukan puasa di bulan ini..insya allah..
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.





Salam....
Ish...ish..ish..demam yang tiada ubatnyer...kini melanda seluruh dunia...bahaya!!!
Demam bola datang lagi selepas Perancis menjuarai 4 tahun yang lalu pada 2006...Kumpulan manakah yang akan menggondoli juara dunia tahun ini??Brazil?Perancis?Korea?German?Siapa?????

Ramai yang datang keje dalam keadaan mengantuk kerana sanggup berjaga hingga awal pagi untuk menonton pasukan kegemaran
beraksi....kalau terlepas kecewa...sebab tak dapat tonton secara 'live'...uummhh..ummhh..dashyat betoi penangan bola ni...kekadang tu sanggup bergaduh..dan yang paling teruk sekali sanggup bertaruh/berjudi...haram tetap haram!!!
Kita tunggu jelah pasukan mana yang akan menjadi juara...adat bertanding kalah dan menang itu biaselah...Tunggu!!!
Ape2 pun pasukan yang kalah jangan kecewa...dan pasukan yang menang akan terus beraksi ke peringkat seterusnye...
Cepat-cepatlah habis demam ni...mujurlah semua klinik x habis ubat nak merawat...xde ubat nak rawatnyer...
Oklah...cacicau!!!
Wassalam.....






Assalamualaikum....
Lama x mencoret dalam blog ni..selamat bercuti kepada semua...terutamanyer kepada pendidik dan anak murid.Cuti selama 2 minggu ni manfaatkanlah dengan mengulangkaji pelajaran terutama yang menduduki peperiksaan besar tahun ini..
Pada minggu pertama sekolah mengadakan kelas tambahan utk murid Tahun 6, mereka dikehendaki tinggal di asrama dan dijagai guru kelas mereka Cikgu Elias,orang yang dipertanggungjawabkan segala program Tahun 6 2010.




Selain itu,teringin nak p jalan kat area subang jaya...terlaksana jua p jln2 kat Sunway Piramid.seronok gak..yelah lama sgt dok kampung jarang2 ke bandar...best gak cuci mata kat situ...penat satu badan..esok lusa sambung jalan lagi...hehe..fuh!!
Buka sekolah nanti tiada peluang nak p jalan jauh...kena tunggu cuti panjang..oklah...sekian dahulu coretan kali ini...

wassalam...






Program Kursus Kepimpinan kali ini lain dari sebelumnya kerana kebiasaannye program ini cuma dilaksanakan di sekolah sahaja.Tapi pada tahun ini guru disiplin sekolah telah mencadangkan kursus kepimpinan secara berkhemah selama 2 hari 1 malam.Pada tanggal 19 Mei 2010,7 orang guru yang terlibat bersama 50 orang murid terdiri daripada pengawas sekolah,pengawas perpustakaan,ketua dan penolong kelas serta pengawas asrama tahap 2 dalam kursus kepimpinan ini.Perkhemahan kami terletak di Gua Bama,Kg. Relong lebih kurang 10km dari bandar Lipis...

Banyak aktiviti-aktiviti dilaksanakan kepada peserta-peserta seperti LDK,ceramah dan motivasi yang disampaikan oleh En. Shukri iaitu salah seorang pegawai di IPGM KTAA....jadinya banyak ilmu dapat ditimba dari program ini...diharap ia akan membawa satu anjakan paradigma di sekolah...

Selain itu,peserta berpeluang meninjau kawasan kg. relong yang berhampiran dengan Gua Bama...melihat beberapa ekor rusa yang dipelihara oleh salah seorang penduduk kampung di situ...Aktiviti 'jungle tracking' adalah acara yang amat ditunggu2 oleh kami semua kerana tak sabar nak mendaki gua...sepanjang perjalanan mendaki ke atas cukup mencabar mental dan fizikal kami semua kerana tangga yang dibuat agak tinggi..fuh!!!perjalanan turun pulak amat mudah syukur semua peserta tidak mengalami masalah dan mereka begitu teruja sekali dan ingin mendaki lagi....kami masuk ke kawasan 'muzium gua' di situ terdapat pelbagai bentuk batu yang mana ada yang menyerupai seekor gajah,katak dan macam2 ada....

Acara terakhir sebelum pulang ke rumah/asrama ialah kena makan cekodok yang dihasilkan oleh urusetia2 program...banyak sungguh..4 kilo tepung,itupun pun kena sambung menggoreng di rumah...Tepat 5.30 petang guru2 dan peserta berangkat pulang....mmm..satu kenangan indah!!!!!

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...