twitter


Salam.....

Lama x 'melayan' laman blog ni...sibuk sokmo..kalau memikirkan kerja memang x pernah habis...kerja akan terus bertambah...nak x nak memang kena hadapi...PIALA DUNIA 2010 telah pun berakhir..pasukan SEPANYOL menggungguli perlawanan ke peringkat akhir...perkara yang sukar diduga..tapi itulah ramalan tepat seekor sotong bernama 'PAUL' dari Jerman..

Selepas tamat 2 minggu perkhemahan pengakap muncul satu lagi perkhemahan di Pusat Kokurikulum Daerah. Kali ini perkhemahan PENDIDIKAN LUAR FASA 1 yang diwakili 4 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah.Setiap sekolah perlu menghantar sekurang-kurangnya 20 orang murid...jadi suasana di pusat itu agak sunyi kerana tidak seramai perkhemahan sebelum ini. Cuma 160 peserta sahaja yang berpeluang dalam perkhemahan kali ini.
Mungkin PPD akan meneruskan fasa seterusnya bagi sekolah2 yang belum terlibat lagi.. Perkehemahan ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 15-17 julai 2010.Guru2 pengiring terpaksa bermalam disana...agak membosanlan kerana tiada apa yang nak dilakukan selama berada disana.Aktivitinya cukup mencabar minda dan fizikal..ketahanan dalam mengharungi segala cabaran perlu diharungi dengan penuh kesabaran...
Antaranya 'jungle tracking ', ikthtiar hidup, cabaran berendam di dalam paya...cukup menggelikan apabila terdapat beberapa ekor lintah melekat di badan.....sabar jelah!!
Penutupan perkhemahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai PPD Lipis iaitu En. Sharom bin Othman dengan menyampaikan hadiah dan sijil kepada semua peserta yang terlibat.....selepas berakhirnya penyampaian hadiah..murid2 bersiap untuk pulang dan sempat menjamu selera untuk mengalas perut seterusnya penat menunggu van yang membawa semua murid ke kawasan FELCRA kg. Lalang kerana bas yang disediakan menanti disana....Tepat jam 1.30 tengah hari kami semua beransur pulang ....aahh!! penatnya.......






wassalam....................

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...