twitter





"Salam Maulidur Rasul 1432H.."
Alhamdulillah..segala perancangan perarakan peringkat sekolah selamat berjalan lancar....ceramah sempena Maulidur Rasul disampaikan oleh pegawai dari Pej. Agama Islam Daerah..iaitu YB Ustz. Dahili....aktiviti yang berlangsung ialah pertandingan nasyid dan selawat antara badan unit beruniform..semuanya berkerja keras untuk menang...dan majlis berakhir dengan perasaan hati yang lega....bersiap sedia untuk peperiksaan minggu hadapan..
sekian ...c u nx post.....













Selamat Menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..12 Rabiul Awwal Tahun Gajah...Banyak keistimewaan kelahiran baginda yang tersirat segala yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT terhadap kekasihNYA...

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

  1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
  2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
  3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.




Masjid Jamek

Pada suatu hari yang damai. Mona berjalan menuju ke stesen LRT yang berdekatan dengan rumahnya. Sampai disitu, dia terus bergerak ke kaunter. Sambil tersenyum dengan ramahnya, beliau terus bertanya, "Kak,Masjid Jamek berapa??".Kebetulan pegawai yang menjaga kaunter tersebut baru menerima panggilan daripada teman lelakinya. Beliau baru sahaja bergaduh dengan teman lelakinya. Dengan perasaan marah, pegawai itu pun menjawab, "Masjid Jamek ada satu jer...."

Profesor Ujikaji

Ali adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya. Beliau terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukan sehingga terlupa untuk makan dan minum. Malah, sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Lalu, isterinya menelefon; "Abang! ingat ya, malam ni abang mesti pulang ke rumah untuk makan minum. Jaga kesihatan," pesan isterinya. " Ya, baik! Abang janji..Agaknya di mana kita nak makan malam nanti?" tanya profesor itu. "Di rumah sajalah,bang,"kata isterinya. "Baiklah, tapi di mana tu??Saya catat alamatnya dulu....Aaarrggg!!!...(dengus isterinya)



Badan Kurus Kerana Hilang Air...

Apabila anda menurunkan berat badan, anda bukan setakat menyingkirkan lemak semata-mata.Bahkan anda juga akan menghilangkan kombinasi antara lemak dan tisu otot. Terdapat satu kajian yang membuktikan bahawa apabila kita berdiet, berat badan yang hilang biasanya 75% lemak dan 25% lagi adalah otot. Sebenarnya, yang lebih penting lagi, kehilangan berat badan turut membuatkan anda kehilangan air. Perlu diingatkan bahawa yang 70% daripada keseluruhan berat badan kita ialah air. Sekarang anda sedar yang ada faktor mengapa berat badan turun dengan cepat...

info terkini dari RAPIDiet




Perasaan Hasad Dengki (PHD) wujud dalam perasaan dan keadaan yang tidak boleh diterima atas kelebihan yang dimiliki orang sekeliling. Cemburu yang melampau menyebabkan PHD bersarang di hati. Pada mulanya cuma cemburu, namun lama kelamaan akan bertukar kepada dendam!!..Perasaan ini terjadi kerana seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak mampu mengawal diri...PHD akan menyebabkan orang itu sentiasa memukirkan perkara2 negatif dan dia boleh bertindak di luar paras normal.Ia juga berkaitan dengan perlakuan syaitan kerana syaitan suka melaga-lagakan manusia....Katakanlah orang lain lebih baik dan bagus, maka mereka yang PHD akan cenderung memandang semuanya dari sudut negatif dan membuatkan mereka sentiasa mahu menjatuhkan orang lain..Meletakkan kesalahan pada orang lain akan mengakibatkan kegagalan...Pandanglah keadaan sekeliling secara positif..panjatkan doa kepada Allah bagi membentuk diri menjadi seorang yang positif...Jangan terlalu menekan diri dengan kekurangan diri sehingga mencipta PHD..Beringatlah penyakit ini akan membinasakan kita secara perlahan-lahan...



Menang Loteri RM 1 Juta!!

Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.
Suami: "Sayang, cepat kemaskan barang awak!"
Isteri: "Kenapa bang???"
Suami: "Abang baru sahaja menang loteri RM 1J!!!"
Isteri: "Wah, bagusnyer!!.abang nak saya kemaskan barang ni untuk pergi bercuti ke mana??Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti ke luar negara bang???"
Suami: "Suka ati awaklah. saya tak peduli ke mana awak nak pergi yang penting awak kena keluar dari rumah ini !!!!!"

Kencing Masam Lebih Teruk

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu,Kelantan, ada seorang lelaki berusia lingkungan 80-an sedang menunggu untuk mendaptkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang pemuda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda itu menyapa,"Pok cik ni sakit gapo??". "Kencing manih, lamo doh." Tiba2 kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pakcik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya, "Tu bakpo pulok??"."Kecemase"..."ooohh, rupanyer kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

Ayam & Kambing

Ayam dan kambing adalah sahabat baik. Mereka berkawan sejak baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambinh. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu..

Ayam:
"Kambing, pekabo???"
Kambing: "Baik, wah!! ayam,bukan main lagi ko yer..ko nak kemana hensem-hensem ni???"
Ayam: "Takde kemana-mana..sajelah nk tengok reaksi ko aje.."
Kambing: "Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap 'kaki ayam', kan??"
Ayam: "Ko kutuk aku ye..ko pun apa kurangnyer.."
Kambing: "Apa????"
Ayam: "Nampak aje alim, bela janggut tapi telur nampak...!!!"

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...