twitter




Tanggal 03 September 2010 (Jumaat) hari akhir persekolahan untuk cuti pertengahan penggal kedua selama 11 hari digabungkan sekali dengan perayaan Hari Raya Aidulfitri 1431H.....pada hari tersebut..panitia Pend. Islam SKBY sekali lagi bertungkus lumus menyiapkan barang keperluan sumbangan kepada murid2 yang telah ditetapkan berdasarkan latarbelakang kehidupan keluarga dan "istimewa".

Diharap sumbangan ikhlas daripada semua guru2 ini membawa sinar baru dalam meraikan sambutan syawal yang bakal menjelma tak lama lagi......Sumbangan ini disampaikan oleh Tn. GB Jamaludin b. Othman kpd mereka2 yang memerlukan...Syukran jazilan.....Banyak amanat yang disampaikan kpd semua murid terutama cuti sekolah yang panjang ini dilarang bermain mercun dan peringatan kepada calon UPSR Thn 6 yang bakal menduduki seminggu selepas sekolah dibuka supaya membuat persediaan awal....selamat berjuang wahai anak2 murid ku!!!
Kemudian pemberian duit raya kepada semua murid..wah !!! bestnyer...'excited' tul budak2 ni klu dpt duit raya ...jangan boros!!!!..simpan utk masa depan.....acara bersalam-salaman dengan guru-guru sebelum berangkat pulang ke rumah masing2......

Bagi guru2 yang dok jauh berhati-hati dlm perjalanan pulang ke kampung....semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju...risau biler dengar mcm2 kisah kemalangan...perkara yang tak diduga biler2 akan berlaku....Ya Allah jauhilah dari bala bencana............Kepada semua warga pendidik dan staf2 sokongan SKBY diucapkan SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA!!!



Ramadan datang lagi....ahlan wasahlan ya ramadan mubarak....semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sabo dan tabah. Bermulanya ramadan maka perancangan ihya ramadan sekaligus perasmian surau SKBY 2010..suasana agak meriah dengan sokongan padu semua guru dan staf yang hadir pada hari 11 Ogos 2010 (Rabu) di awal ramadan.......
Pemotongan reben oleh GB Jamaludin b. Othman....sebelum menjejaki ke surau...seterusnya sedikit ucapan ringkas mengenai surau dan aktiviti yang dijalankan semasa bulan ramadan....










Seterusnya pembahagian kumpulan2 tadarus oleh KP Pend. Islam, ustz. Hasliza menerangkan bahawa tadarus akan dipimpin oleh seorang @ 2 guru semasa aktiviti tadarus yang dijalankan pada waktu rehat. Kerjasama dari guru2 pelatih IPTAA turut membantu bg menjayakan program tadarus ini dengan jayanya....Terima kasih kepada kalian semua iaitu Cikgu Awang Alya,Cikgu Sufian,Ust. Abu Farhan dan Ust. Nik Faiz atas sokongan dan kerjasama dengan pihak SK Batu Yon selama tempoh 2 bulan di sini...
.Pada 20 Ogos 2010 (Jumaat) berakhirlah latihan praktikum mereka di sekolah ini... sebelum meninggalkan sekolah sedikit kenangan utk titipan dari Panitia Pend. Islam sebagai tanda penghargaan dan jutaan terima kasih...pengalaman mengajar disini semoga menjadi kenangan seorang guru...
Seterusnya majlis penutup khatam al-Quran dapat dilaksanakan pada 02 September(Khamis)....alhamdulillah selesai jua akhirnya....selain aktiviti tadarus, panitia PAI juga menganjurkan pertandingan kuiz bg tahap 2 dan pertandingan mewarna dan mencipta kad raya bg tahap 1...selain itu, sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan kpd semua guru...tidak dilupa menghadiahkan senaskah buku sebagai penenang jiwa.

Sekian............wassalam!!!



assalamualaikum wbt...........
Dah lama x buat sukaneka selepas tamat temasya sukanan tahunan beberapa bulan yang lalu....kali ini pihak sekolah mengadakan khas utk semua murid Tahun 6 iaitu riadah atau rehat minda...yelah asyik mengulangkaji hingga otak dh tension nk belajar...selalunya aktiviti sebelum ni diadakan di Pulau Chekas,Raub..tetapi atas dasar keselamatan murid..pihak sekolah menukar acara itu dibuat di padang sekolah sahaja sekaligus "Family Day" pada 07 Ogos 2010 (sabtu)........semua guru dan staf sekolah terlibat...namun x semua dpt hadir .....kerana ada komitmen di tempat lain....kumpulan dibahagikan kepada 4....1 kumpulan ade guru2, staf, dan murid....perjalanan aktiviti berjalan lancar hingga tamat jam 1.30 tengah hari....aaaahh!!!penat tui..
Banyak acara dipertandingkan seperti main telefon,sambung tali,baling botol,futsal dan badminton....pagi2 lagi ada senamrobik yang diketuai Cikgu suffian, guru praktikal IPTAA dan ust Abu Farhan.........kalau dilihat dari riak wajah murid2 Tahun 6 semua nampak seronok walaupun x dapat merasai mandi sungai tahun ini...ala kesiannyer!!!!
Semangat setiakawan antara pasukan cukup bersungguh2....sebab hadiah yang dimenangi cukup lumayan..aaaa...kenyang tui..banyak 'jajan'......suasana bermain seronok tul..tapi ketika main futsal..x merasalah org2 perempuan ni sebab x pandai nk sepak bola...cuma jadi hiasan di padang aje.................huhuhu!!!!
Selasai makan tengah hari..semua seronok sebab dapat habuan masing2..terutama anak2 murid Tahun 6...penat tapi seronok...kumpulan saya cuma dapat Naib Juara...penat x dapat digambarkan dengan kata2....... mmm....
Sekian dahulu utk kali ini...
wassalam



'salam........
bersua kembali melayari blog yang agak lama x dijenguk...posting di atas adalah kenangan pelaksanaan program j-QAF di sekolah ini..iaitu KEM BESTARI SOLAT..
alhamdulillah..ia dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar dengan kerjasama sepenuhnya daripada semua GPI dan guru2 KAFA serta guru2 praktikal IPTAA iaitu Ust. Nik Mohd Faiz dan Ust Abu Farhan....
Banyak pendedahan dan pengetahuan diterapkan semasa kem ini kepada semua anak2 murid akan kepentingan solat dalam kehidupan seorang muslim..jika tidak melaksanakan solat maka runtuhlah tiang agama individu itu sendiri....ssghnya SOLAT ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN..
Harapan kepada semua anak2 didik...apa yang diperolehi dalam setiap kem yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin...
Sekian coretan kali ini..
wassalam,

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...