twitter








Berminggu-minggu jugalah saya bersama guru2 pendidikan islam yang lain bertungkus lumus melatih murid-murid dalam nasyid dan tulisan jawi cantik.Kumpulan nasyid sekolah ini dinamakan sebagai "USRAH AL-MULTAKIM".Mereka ni amat bersemangat waja dan bersungguh-sungguh yelah nak masuk nasyid kena lulus 'audition' dulu, kalau suara tak menarik memang kena 'reject'.Untuk melatih bermain kompang dan bunggor agak susah memerlukan melodi yang betul..ini kerana saingan dari sekolah2 lain banyak menggunakan pelbagai 'instrument' bagi menyedapkan lagu.Nak tak nak memang kena latih betul2lah...

Tarikh pertandingan berlangsung pada 13 Mei 2010 serentak dengan pertandingan tulisan jawi.2 orang murid lelaki dan perempuan dilatih dengan betul dari segi tulisan khat cantik,bacaan jawi dan imlak.

SYUKUR ALHAMDULILLAH.... dalam pertandingan nasyid, kami mendapat tempat ke3...x sangka kerana prestasi nyanyian mereka tidak memuaskan namun,gumbira dan seronok sebab betul2 boleh mendapat tempat..saingan pulak 2 kumpulan muslimah yang hebat dari segi lagu dan lirik...Manakala kami mendapat JOHAN dalam TULISAN JAWI...alhamdulillah...x sia-sia melatih mereka berdua ni menulis jawi lagipun tulisan mereka ni memang menarik dan cantik...ADIK MUHD SYAHIDAN BIN SUHAIMI dan ADIK NURATHIRAH BT YAHYA...insya allah mereka akan bertanding pula di peringkat daerah blum ditetapkan tarikh lagi.MTQ tahun hadapan,perlu mencari pelapis dan memantapkan lagi strategi....harap2 akan lebih banyak johan menjadi milik sekolah ku....

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...