twitter






Program Kursus Kepimpinan kali ini lain dari sebelumnya kerana kebiasaannye program ini cuma dilaksanakan di sekolah sahaja.Tapi pada tahun ini guru disiplin sekolah telah mencadangkan kursus kepimpinan secara berkhemah selama 2 hari 1 malam.Pada tanggal 19 Mei 2010,7 orang guru yang terlibat bersama 50 orang murid terdiri daripada pengawas sekolah,pengawas perpustakaan,ketua dan penolong kelas serta pengawas asrama tahap 2 dalam kursus kepimpinan ini.Perkhemahan kami terletak di Gua Bama,Kg. Relong lebih kurang 10km dari bandar Lipis...

Banyak aktiviti-aktiviti dilaksanakan kepada peserta-peserta seperti LDK,ceramah dan motivasi yang disampaikan oleh En. Shukri iaitu salah seorang pegawai di IPGM KTAA....jadinya banyak ilmu dapat ditimba dari program ini...diharap ia akan membawa satu anjakan paradigma di sekolah...

Selain itu,peserta berpeluang meninjau kawasan kg. relong yang berhampiran dengan Gua Bama...melihat beberapa ekor rusa yang dipelihara oleh salah seorang penduduk kampung di situ...Aktiviti 'jungle tracking' adalah acara yang amat ditunggu2 oleh kami semua kerana tak sabar nak mendaki gua...sepanjang perjalanan mendaki ke atas cukup mencabar mental dan fizikal kami semua kerana tangga yang dibuat agak tinggi..fuh!!!perjalanan turun pulak amat mudah syukur semua peserta tidak mengalami masalah dan mereka begitu teruja sekali dan ingin mendaki lagi....kami masuk ke kawasan 'muzium gua' di situ terdapat pelbagai bentuk batu yang mana ada yang menyerupai seekor gajah,katak dan macam2 ada....

Acara terakhir sebelum pulang ke rumah/asrama ialah kena makan cekodok yang dihasilkan oleh urusetia2 program...banyak sungguh..4 kilo tepung,itupun pun kena sambung menggoreng di rumah...Tepat 5.30 petang guru2 dan peserta berangkat pulang....mmm..satu kenangan indah!!!!!

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...