twitter




Salam.....
Lama tidak mencoret kerana kepenatan dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan segera...Alhamdulillah baru-baru telah berlangsung perkhemahan pengakap daerah di Pusat kokurikulum Daerah bertempat di Kg. Lalang selama 4 hari 3 malam. Perkhemahan ini bermula pada 23 hingga 26 Jun yang dirasmikan oleh YB Datuk Shahrum bin Othman, ahli Parlimen Lipis.
Suasana pada hari pertama kami sampai di tempat itu,,hujan renyai-renyai telah membasahi tapak perkhemahan,maka tanah agak becak..dan ada beberapa kawasan tidak dapat disiapkan kerana hujan...namun, usaha guru-guru pengiring yang hadir pada petang itu dapat menyiapkannya seperti gajet dapur,kawasan basuhan dan meja makan.
Kawasan Zon Jelai ini diwakili beberapa sekolah antaranya SK Lubuk Kulit, SK Batu Yon, Sk LKTP Sg. Koyan, SK Kg. Keledek, SK Kuala Medang, SK Tanjung Gahai, SK Lanai dan SK Lenjang sahaja yang turut serta. Selain itu, terdapat 4 buah sekolah menengah turut serta iaitu SMK Pdg Tgku,SMK SW, SMK Kuala Lanar dan SMK Clifford.
Pada malam pula, semua peserta telah diberi penerangan aktiviti-aktiviti oleh Ketua Komandan iaitu Cikgu Ahmad Zaimi dari SK LK yang akan bermula pada esok hari.Semua peserta dibekalkan sebuah buku log yang perlu disiapkan dengan segera mengikut aktiviti stesen2 yang dijalankan. Sekiranya buku log ini telah lengkap maka, mereka layak menerima Pingat Keris Gangsa.Awal pagi semua murid menyiapkan diri dan bersiap sedia berhimpun selepas bersarapan pagi.....Maka bermulalah aktiviti2 stesen yang perlu pserta2 hadiri untuk melengkapi tugasan yang diberi...Aktiviti malam pula ialah acara pertandingan kebudayaan antara zon....latihan semua peserta adalah 'last minute'.
Hari kian berlalu...Jam terus berdetik...Masa kian tamat...rasa penat tak dapat digambarkan selama berada disana..namun seronok bertemu dengan guru-guru dari berlainan sekolah...begitu juga semua murid dapat berkenalan antara satu sama lain...masing-masing meluahkan rasa seronok mereka dengan perkhemahan ini..."rasa nak camping lagi" luahan mereka........Tepat jam 12.00 selepas peserta mendapat pingat dan sijil, maka kami beransur pulang ke sekolah masing-masing .....meninggalkan kg. Lalang dengan penuh kenangan......
wassalam.....

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...