twitter



Ramadan datang lagi....ahlan wasahlan ya ramadan mubarak....semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sabo dan tabah. Bermulanya ramadan maka perancangan ihya ramadan sekaligus perasmian surau SKBY 2010..suasana agak meriah dengan sokongan padu semua guru dan staf yang hadir pada hari 11 Ogos 2010 (Rabu) di awal ramadan.......
Pemotongan reben oleh GB Jamaludin b. Othman....sebelum menjejaki ke surau...seterusnya sedikit ucapan ringkas mengenai surau dan aktiviti yang dijalankan semasa bulan ramadan....










Seterusnya pembahagian kumpulan2 tadarus oleh KP Pend. Islam, ustz. Hasliza menerangkan bahawa tadarus akan dipimpin oleh seorang @ 2 guru semasa aktiviti tadarus yang dijalankan pada waktu rehat. Kerjasama dari guru2 pelatih IPTAA turut membantu bg menjayakan program tadarus ini dengan jayanya....Terima kasih kepada kalian semua iaitu Cikgu Awang Alya,Cikgu Sufian,Ust. Abu Farhan dan Ust. Nik Faiz atas sokongan dan kerjasama dengan pihak SK Batu Yon selama tempoh 2 bulan di sini...
.Pada 20 Ogos 2010 (Jumaat) berakhirlah latihan praktikum mereka di sekolah ini... sebelum meninggalkan sekolah sedikit kenangan utk titipan dari Panitia Pend. Islam sebagai tanda penghargaan dan jutaan terima kasih...pengalaman mengajar disini semoga menjadi kenangan seorang guru...
Seterusnya majlis penutup khatam al-Quran dapat dilaksanakan pada 02 September(Khamis)....alhamdulillah selesai jua akhirnya....selain aktiviti tadarus, panitia PAI juga menganjurkan pertandingan kuiz bg tahap 2 dan pertandingan mewarna dan mencipta kad raya bg tahap 1...selain itu, sebagai ucapan terima kasih dan penghargaan kpd semua guru...tidak dilupa menghadiahkan senaskah buku sebagai penenang jiwa.

Sekian............wassalam!!!

JOHAN Bola Jaring Zon Jelai 2012

Gotong-Royong Perdana

Bola Sepak Zon Jelai 2012

SenamRobik SKBY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...